Saturday, August 11, 2007


Tanpa DEB

Dulu kita mengenali Irish Jokes, lawak bendul yang mengutuk kebodohan orang-orang Irish. Sekarang remaja Irish Aodhan Cullen, baru 24 tahun, telah dipilih sebagai usahawan Eropah kerana khidmat Statcounter. Dia memulakan Statcounter ketika berumur 16 tahun. Saya turut berbangga kerana saya seorang pengguna Statcounter dan dari khidmat tersebut saya tahu bahawa ada 10,402 orang yang menjadi pembaca blog ini. Mereka adalah returning visitors. Nah siapa kata saya tidak ada pengikut? Ireland dapat mencipta Aodhan kerana tidak ada DEB di sana. Di sini Khairi Jamaludin menjerit dan menyalak untuk meneruskan DEB. Kolot sungguh KJ ini! (bukan Khalid Jaafar). Siapa yang mencipta Aodhan kalau tidak kapitalisme digital. Bebaskan ekonomi kita dari kongkongan DEB maka kita boleh mencipta Aodhan Jawa, Aodhan Banjar, Aodhan Minang. Berita Aodhan di sini.

LEBIH LANJUT LAYARILAH :

http://www.businessweek.com/globalbiz/content/jul2007/gb20070717_028843.htm?chan=globalbiz_special+report+--+top+young+entrepreneurs+2007_special+report+--+top+young+entrepreneurs+2007


# PETIKAN DARI :http://khalidjaafar.blogspot.com/

SUN TZU

PESAN Sun Tzu, kepung musuh jika tentera anda sepuluh kali ganda. Serang jika lima kali ganda. Pisahkan musuh jika kekuatan tentera kita hanya dua kali ganda. Jika sama kuat, serang dengan memilih medan pertempuran. Jika sedikit pastikan tentera kita dapat berundur.

Perkara pertama dalam perang adalah patahkan strategi musuh, kedua, pecahkan perikatan mereka. Ketiga, serang angkatan tenteranya. Dan keempat, jika boleh dielak, adalah mengepung kotanya.

Ada lima tanda kemenangan, pertama; pemimpin yang tahu bila ia hendak menyerang dan bila hendak bertahan. Kedua, pemimpin yang arif dengan kekuatan dan kelemahan lawan.

Ketiga, pemimpin yang pengikutnya mempunyai matlamat yang jelas.

Keempat, pihak yang bersiap sedia dan menanti musuh yang belum cukup bersedia akan menang, dan kelima, pemimpin yang panglimanya berkebolehan dan dia sendiri tidak menganggu percaturan mereka.

Ada tiga tanda kekalahan; pertama, mara ketika tidak bersedia, berundur ketika sepatutnya mara.

Kedua, pemimpin yang masuk campur dalam urusan pegawai-pegawainya sehingga membinggungkan mereka. Ketiga, pemimpin yang tidak mengetahui medan pertempurannya.

Pesan Sun Tzu lagi, amalkan muslihat, apabila mampu menyerang, pura-pura tidak berupaya, ketika giat menyusun bala tentera, pura-pura leka, apabila dekat dengan musuh, buatkan seolah-olah anda berada jauh, apabila jauh, buat seperti dekat dengannya.

Serang sepantas angin, tapi mara perlahan-lahan, apabila menyerbu jadilah seperti api, apabila bertahan jadilah seperti gunung. Jauhilah musuh yang semangat juangnya tinggi, serang tatkala mereka rindukan kampung halaman.

Dan akhirnya, "Oleh sebab suara tidak dapat didengari ketika berperang, maka gendang dan gong diperlukan, oleh sebab mata tidak dapat melihat dengan jelas, maka bendera dan panji-panji digunakan". Selamat berjaya. NOKTAH.

# petikan dari : www.klpos.com